Penemuan Sains yang telah menyumbang kepada peradaban dunia.

 

Salam sejahtera untuk semua. Ini adalah adalah artikel yang saya dapatkan tentang cakera padat. Di dalam artikel ini terdapat banyak istilah-istilah sains dan mekanik. 1 hal lagi, artikel ini sangat panjang………

Cakera padat(compact disc/ CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini. Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.

Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini. CD dan produk-produk lanjutannya telah amat berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.

Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan terutamanya sebagai suatu media storan data. Hanya kemudian bahawa konsep ‘fail audio’, serta penggunaan umum untuk sebarang fail data, muncul. Dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah bertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lain. Sony danPhilips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990.

Terdapat lubang sebesar 15mm di tengah-tengah cakera, yang biasanya akan digunakan oleh sejenis pengapit atau pemegang cakera yang terdapat di dalam pemain cekara untuk memegang cakera ditempatnya dan membolehkan cakera tersebut diputar oleh motor. Diameter lubah tersebut adalah lebih kurang sama dengan ukuran duit syiling 10 sen Belanda. Para jurutera Philips pada masa itu menggunakan syiling tersebut untuk menentukan saiz lubang itu, dan syiling muat ke dalam lubang cakera dengan tepat sekali.

Maklumat pada CD piwaian dikod sebagai landasan berlubang – (pit) berpilin yang diacu pada lapisan polikarbon (polycarbonate) (Kawasan antara lubang dikenali sebagai darat). Setiap lubang sedalam sekitar 125 nm dengan keluasan 500 nm, dan berbeza antara 850 nm hingga 3.5 μm panjang. Ruang antara landasan adalah seluas 1.6 μm. Untuk membayangkan skala lubang dan darat pada CD, sekiranya cakera diperbesarkan pada saiz stadium, lubang itu adalah sebesar sebiji pasir. Pilin bermula dari pusat cakera dan bergerak ketepi, yang membenarkan pelbagai saiz format tersedia.

CD dibaca dengan memusat laser semikonduktor jarak gelombang 780 nm melalui bawah lapisan polikarbon. Perbezaan jarak antara lubang dan darat adalah satu per enam jarak gelombang cahaya laser, mendorong kepada perbezaan satu per tiga jarak gelombang fasa antara cahaya yang dipantulkan daripada lubang dan daripada darat sekitarnya. Yang keenam, 125 nm, (dan bukannya suku) jarak gelombang dipilih sebagai tolak ansur yang baik antara isyarat jejak radial tolak-tarik dan isyarat bacaan-luar aperture penuh. Ganguan mengurangkan kekuatan cahaya dipantul dibandingkan dengan apabila laser dipantulkan oleh hanya darat. Dengan mengukur kekuatan ini dengan fotodiod, data boleh dibaca dari cakera. Lubang dan darat itu sendiri tidak mewakili sifar dan satu data binari. Sebaliknya perbezaan antara lubang dan darat atau darat ke lubang mewakili satu, sementara tiada perubahan menunjukkan sifar. Ini seterusnya dinyahkod dengan menbalikkan modulasi lapan ke empatbelas yang digunakan bagi menghasilkan cakera utara, akhirnya mendedahkan data kasar tersimpan dalam cakera.

Cakera 74-minit (650MB) mempunyai sekitar 333,000 sektor sementara cakera 80 minit (700MB) mempunyai sekitar 360,000 sektor membenarkan simpanan lebih besar. Versi 90 dan 99 minit mengikut tambahan logik yang sama menyumbat lebih banyak sektor tetapi mengurangkan daya harap sepanjang pemancu. Lubang lebih dekat pada sebelah label cakera, dengan itu kecacatan dan kekotoran pada sebelah jernih boleh diherot semasa dimainkan. Dengan itu cakera lebih mudah dirosakkan dengan mencalar sebelah label, sementara calar disebelah jernih boleh dibaiki dengan mengisi calar dengan plastik yang mempunyai index pantulan (index of refraction) yang sama.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/CD

Cakera padat ini telah menyumbang peradaban dunia dengan memudahkan orang-orang untuk menyimpan dan mebawa banyak data hanya dengan memasukkannya ke dalam sekeping cakera padat. Kini, banyak orang menggunakan cakera padat untuk berbagai keperluan seperti untuk menyimpan lagu hingga menyimpan data-data penting.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.